Aktiviti Individu
Selepas mengikuti Program BIG, buatkan refleksi ke atas masalah diri anda
- senaraikan penambahbaikan yang diperlukan dalam diri anda
- rancang plan tindakan untuk menambahbaik
- matlamat
- objektif
- pelan tindakan
- nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
- rancang bagaimana anda ingin mengumpul data
- bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancag dilaksanakan
- bagaimana anda ingin menilai samada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai
---------------------------------------------------------------------------------------------
Penambahbaikan yang diperlukan:
- membina daya kepimpinan dan teknik komunikasi secara berkesan
- melatih pemikiran kreatif dan kritis
- membina keyakinan diri
Matlamat:
- membina insan diri yang seimbang dan harmonis dengan kehadiran unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani
Objektif:
- menghasilkan diri yang berdaya kepimpinan serta dapat berkomunikasi secara berkesan
- menjadikan diri sebagai individu yang dapat berfikir secara kreatif dan kritis
- memupuk keyakinan diri yang lebih mantap dan berketerampilan
Langkah-langkah yang perlu diambil:
- memerhati cara orang yang berdaya kepimpinan memimpin dan memberi arahan, membelajari teknik memimpin secara pemerhatian terhadap pengalaman orang yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi (Pembelajaran Vikarious)
- mempelbagaikan bahan-bahan bacaan yang diperoleh dari pelbagai media untuk mencetus pemikiran kreatif dan kritis
- mempraktikkan teknik kepimpinan dan mengaplikasikan teknik komunikasi secara berkesan apabila berpeluang berbuat demikian
- menghadiri kursus kepimpinan dan kem motivasi yang bersifat pembinaan diri insan
Pengumpulan data:
- mendapatkan pandangan terhadap daya kepimpinan, tahap keyakinan dan cara berkomunikasi dalam diri saya daripada rakan sebaya dan pensyarah
Pemantauan:
- membuat jadual berkala tentang bahan bacaan yang telah dibaca dan akan dibaca
- membuat refleksi diri dari semasa ke semasa
Penilaian:
- mendapatkan maklumbalas daripada rakan sebaya dan pensyarah tentang penambahbaikan yang telah dilaksanakan, mengkaji maklumbalas yang dikumpul untuk meninjau langkah penambahbaikan yang seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment