Wednesday, April 29, 2009

Aktiviti Kumpulan

Aktiviti Kumpulan (Assarah Ahmad Suki, Wong Wan Heng, Siti Sarah Udzir)

Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar:
- Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk
- Cadangkan 1 strategi/kaedah pengajaran unuk mengatasi masalah itu.

--------------------------------------------------------------------------

1. Masalah yang dihadapi:
- kekurangan pengetahuan isi kandungan (content knowledge)
- lemah dalam kawalan kelas
- terlalu bergantung kepada ICT (Powerpoint dan sebagainya)

2. Penambahbaikan/Strategi:
- tingkatkan pembacaan melalui pelbagai media
- pembelajaran sepanjang hayat
- mengambil inisiatif sendiri untuk menyertai kursus, seminar atau membuat bengkel perkongsian maklumat.
- memperbaiki kemahiran komunikasi
- menigkatkan keterampilan guru, memainkan perwatakan sebagai seorang guru yang berkeyakinan dan berilmu pengetahuan
- mempelbagaikan penggunaan BBM untuk menarik perhatian pelajar
- mengaplikasikan teori tingkah laku, teori pengurusan bilik darjah dan teori motivasi
- membuat persediaan awal yang lebih terancang

3. Matlamat:
- menyediakan diri sebagai guru yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kreatif dan kritis

4. Objektif:
- menambahkan pengetahuan dalam sesuatu topik khusus dalam bidang Biologi
- meningkatkan kemahiran pengawalan kelas yang berkesan
- menjana kreativiti untuk menjadikan aktiviti pengajaran lebih menarik

5. Pengumpulan data:
- membuat penilaian formatif terhadap pelajar (dari aspek isi kandungan pembelajaran) dari semasa ke semasa
- membuat soalan uji diri yang dapat diperolehi melalui buku-buku rujukan, internet dan sebagainya untuk mengetahui tahap pengetahuan dan penguasaan diri terhadap sesuatu isi kandungan pembelajaran
- membuat soal selidik penilaian guru dari perspektif pelajar

6. Pemantauan:
- membuat refleksi diri dari semasa ke semasa
- membuat ‘checklist’ untuk memastikan setiap langkah penambahbaikan sentiasa dipraktikkan

7. Penilaian:
- mendapatkan maklumbalas daripada pelajar dan rakan sekerja tentang penambahbaikan yang dilaksanakan
- meninjau semula dan menilai perkara-perkara dalam ‘checklist’ penambahbaikan berdasarkan data yang diperolahi untuk mengenalpasti masalah atau pencapaian yang diperolehi.

No comments:

Post a Comment