Friday, June 19, 2009

Kuliah ke-8

Kuliah ke-8 (Pn Nor Sakinah Mohamad)

Analisis data
- Analisis data = proses menggunakan data utk memberi maklumat berguna untuk mencadangkan kesimpulan & menyokong keputusan yang akan dibuat seterusnya. [Pastikan ada sekurang-kurangnya 3 atau lebih jenis data unuk dianalisis]
- Data Kualitatif (teks, pemerhatian dengan makna-makna tersirat) & Data Kuantitatif (yang mempunyai angka) boleh dipersembahkan secara grafik (jadual, gambar) untuk membantu proses analisis
- Mencari pola & kategori, persamaan, terangkan trnd & pertanyaan, katalogkan pemerhatian, membilang & membandingkan serta membuat anggaran.

Langkah Analisis Data Kualitatif
1st Langkah:
- Tengok secara lalu maklumbalas
- Mengambil nota atas tema yang muncul, isu/factor yang kamu dengar
- Mencari item yang berulang/penting

2nd Langkah:
- Pilih 3 atau 4 tema/kategori yang muncul & membina matriks
- cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
- tempatkan tema kategori di atas & senaraikan pelajar di tepinya
- boleh gunakan warna kod utk setiap kategori yang berlainan

3rd Langkah:
- bincangkan tinjauan dengan pendidik lain
- baca tinjauan (soal selidik), highliht kata kunci yang berkaitan dengan tema/kategori yng telah dikenalpasti
- rekodkan dapatan (data) dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang dibina

4th Langkah:
- Tanya diri sendiri (apa yang telah saya dapat)
- Rekodkan pemerhatian pola yang muncul semasa melihat matriks: Pola Konsep & Pola Sikap
- Tuli/rekod pemerhatian bawah matriks (bawah carta matriks)
- Cth: Siapa yang cakap lebih banyak antara 2 pelajar
- ’Takut” sentiasa disebut beberapa kali
- Sokongan bacaan jurnal (bandingkan dapatan diri dengan dapatan orang lain)

5th Langkah:
- Apa kesimpulan yang boleh dibuat
- Rekod kesimpulan samada bawah matriks/atas kertas yang berlainan

6th Langkah:
- Apa langkah yang seterusnya yang boleh dibuat?
i. Tinjauan (soal selidik lain)/temubual/penilaian
ii. Semak semula persoalan kajian
iii. Bina modul/akiviti
- Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
- Apakah maklumat yang masih diperlukan
i. Atas pelajar
ii. Atas kaedah
iii. Maklumat latar belakang untuk tajuk ini

Kegunaan Data Dalam Plan-Do-Study-Act Cycle
1. Plan (perancangan)
- nilai & ringkaskan semua data yang kita ada
- analisis & kenalpasti tema utama
- kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan

2. Do
- kumpul data
- buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi

3. Study
- analisis data yang telah dikumpulkan & membuat kesimpulan

4. Act
- kenalpasti soalan tambahan
- rancang untuk penambahbaikan berterusan dalam penyelidikan tindakan
- kita mungkin tak dapat keputusan yang dikehendaki
- dapatan kajian bertujuan untuk memberi panduan & memperbaiki pengajaran kita seterusnya

Ringkasan
1. Panduan untuk analisis data
- Rekabentuk pendekatan sistematik, simpan semua data
- cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data
- cari tema & pola
- susun data berdasarkan apa yang dipelajari daripada data
- masukkan semua data, termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari
- baca & baca data >1 kali
- bina imej visual
- tulis nota ringkas untuk diri sendiri
- kongsi dapatan, perbincangan akan timbulkan soalan baru
- ‘let data speaks to you’

2. Proses analisis data
- analisis semua data & buat nota sepanjang masa
- cari tema & pola
- ringkaskan tema kepada 3-5 idea
- lihat kembali data & semak tema-tema yang telah dibuat
- bina subtema jika perlu
- simpan nota secara berterusan, malah dapatan kadangkala boleh mengejutkan
- semak maklumat untuk mencari idea baru yang kerap/dominan muncul
- kenalpasti poin utama
- cari maklumat untuk sokong dapatan kajian

No comments:

Post a Comment