Monday, May 11, 2009

Kuliah Minggu ke-3

Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan (Dr Mohd Izham)

Konsep perubahan dalam pendidikan:
- Perubahan didapti lebih menggambarkan ciri-ciripendidikan berbanding dengan kestabilan.

Masalah:
- Wujudnya ketidakpastian dalam perubahan

Jenis-jenis perubahan: (Mengikut Dessler, 1995)
1. Perubahan ke arah penigkatan (enhancement)
- perubahan yang memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti berlaku perubahan dalam struktur organisasi, mengimplimentasi teknologi baru, mengadakan program pembangunan staf untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti staf dsb

2. Perubahan strategic organisasi (organisasi berubah kerana persekitaran)
- perubahan yang melibatkan keseluruhan organisasi seperti mendefinisi semula peranan organisasi, mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran, perubahan nilai teras organisasi, pembentukan semula misi, perubahan struktur dan strategi organisasi dsb

3. Perubahan reaktif
- perubahan yang berlaku akibat tindakbalas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders)
- perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan perlu dilakukan

4. Perubahan akibat jangkaan
- perubahan yang dilakukan ataas kesedaran dalam kalangan pihak pengurusan yang mana perubahan adalah diperlukan bagi memastikan organisasi memperolehi kebaikan kompetitif (membuat persiapan unuk mengahadapi pesaing baru yang bakal muncul, persiapan bagi menghadapi polisi kerajaan, perubahan dalam trend tenaga kerja dsb)

Ciri-ciri perubahan:
i. Perubahan adalah kompleks
- dikaikan dengan proses evolusi & revolusi
(evolusi: - perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalma tempoh yang panjang;
- mengakibatkan perubahan yang ketara dalam status quo
revolusi: - perubahan yang pantas
- meninggalkan kesan yang membinasakan)
- kompleksiti perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasikan perubahan

ii. Perubahan adalah multidimensi
- sebarang keputusan yang diambil untuk dilakukan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan, antaranya mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan
- terdapat 6 dimensi:
1. Tujuan perubahan
2. Unit perubahan
3. Sifat perubahan
4. Magnitud perubahan
5. Skop perubahan
6. Jangka masa perubahan

Model-model perubahan:
1. Model Penggabungan Roger
- Menurut model Roger, proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti. Masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal atau jangkaan pembangunan akan datang
- Setelah masalah atau keperluan dikenalpasti, penyiasatan terhadap permasalahan dan cara penyelesaian dilakukan. Fasa ini melibatkan eksperiment dan cipaan yang banyak untuk menghasilkan inovasi.
- Roger (1995) turut mengaku bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan. Ia mungkin terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul (knowing-in-action)

2. Model Kanter
- Kanter (1998): struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagi kepada beberapa tugas utama: 1. Penjanaan idea 2. Pembinaa idea 3. Merealisasi idea 4. Pemindahan idea

3. Model Rand
- Tujuan utama kajian: menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan
- memandu ke arah pengumpulan data dan analisis

4. Model ACOT
- berdasarkan Project Apple Classroom of Tomorrow – kajian pengenalan komputer di dalam bilik darjah
- Pengkaji menyimpulkan bahawa kehendak perubahan dalam P&P telah berkembang secara beransur-ansur
- 5 langkah perubahan dalam proses P&P:
1. Kemasukan
2. Pemilihan
3. Penyesuaian
4. Penggunaan
5. Mereka cipta

No comments:

Post a Comment