Thursday, May 28, 2009

Proposal Kajian TIndakan (Hjh Halimah Harun)

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Nama dan Alamat Sekolah:
SMK Khai Mun, 28700 Bentong, Pahang.

Nama Pengkaji:
Mohd. Sarhan b. Ismail P48693
Siti Sarah binti Udzir P48586
Nor Zira bt. Shafie P48688
Assarah bt. Ahmad Suki P48590
Wong Wan Heng P48627

Tajuk Kajian:
Meningkatkan penguasaan pelajar Tingkatan 3 Anggerik terhadap tajuk Sistem Peredaran Darah Manusia melalui kaedah nyanyian.

Pengenalan:
Berdasarkan analisis keputusan ujian bulanan tahun lepas, didapati hanya 30 peratus pelajar mendapat gred A dan B (65 peratus hingga 100 peratus) untuk Bab 2 Sistem Peredaran Darah. Penguasaan tajuk ini adalah penting kerana peratusan soalan bagi tajuk ini dalam PMR adalah tinggi. Tajuk ini juga akan diajar dengan lebih mendalam semasa peringkat menengah atas dalam mata pelajaran Biologi dan Sains Tambahan. Persoalan berikut sering bermian difikiran: Adakah tajuk ini membosankan? Adakah bahan bantu mengajar tidak berkesan? Bagaimana cara untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik ini?

Selain itu didapati juga faktor penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar juga mempengaruhi pemahaman mereka dalam mata pelajaran Sains. Secara tidak langsung pelajar menjadi kurang bermotivasi dan memandang negatif terhadap mata pelajaran Sains, terutamanya tajuk-tajuk yang mengandungi banyak istilah baru seperti yang terkandung dalam tajuk ini (contoh: pulmonary, capillary, vein)

Fokus Kajian:
Walaupun kami mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar, kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah:
i) Keliru antara istilah dan fungsi dalam sistem peredaran darah (cth.: fungsi arteri dan vena)
ii) Tidak dapat membezakan ciri-ciri khusus saluran darah
iii) Tidak dapat memahami jenis peredaran pulmonari dan sistemik


Objektif Kajian:
Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

I) Objektif umum
Meningkatkan peratusan pelajar yang mendapat gred B ke atas sebanyak 50 peratus.

II) Objektif khusus
1· Meningkatkan bilangan pelajar yang dapat memadankan istilah dan fungsinya dengan betul.
2. Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap perkaitan antara ciri dan fungsi setiap saluran darah dan jenis peredaran.

Kumpulan Sasaran:
Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 3 Anggerik.

Tindakan yang dicadangkan
1. Mengajar tajuk ini menggunakan kaedah konvensional (kuliah).
2. Memberi pra-ujian (pre-test) kepada pelajar.
3. Mengumpul dan menganalisis data awal.
4. Menggunakan kaedah nyanyian:
i) Membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar dalam satu kumpulan.
ii) Memberikan lirik seperti di dalam Lampiran 1 kepada setiap kumpulam
iii) Meminta setiap kumpulan memasukkan lirik tersebut ke dalam lagu pilihan mereka.
iv) Memberi masa kepada pelajar untuk membuat persiapan dan mempersembahkan semasa kelas berikutnya.
5. Memberi pasca-ujian (post-test) kepada pelajar.
6. Mengumpul dan menganalisis data akhir.
7. Membuat analisis dan perbandingan antara data awal dan data akhir.


LAMPIRAN 1

The Circulatory System Song


Arteries carry the blood away
Veins come back to the heart all day60,000 miles it goes
Around and through the heart it flows
In the veins the blood is blue
Deoxygenated, yes that’s true
But in the arteries it’s red
To carry oxygen throughout, it’s said
The white blood cells are important ones
The spleen, lymph nodes, and tonsils make some
To fight off germs and kill disease
Producing antibodies when it needs
Hemoglobin’s in the red blood cell
Iron’s found in there as well
Without all that, anemic we’d be
With orange-looking blood, you’d tire easily
Three blood vessels do the job for you
Arteries, veins, and capillaries, too
Arteries are large, and capillaries, small
So nutrients can pass right through their walls
The veins contain the valves that shut
So blood only flows one way for us
In the heart four chambers you’ll find
Atrium and ventricle- left and right
Two types of circulation I know
Pulmonary and systemic both flow
The first to the lungs, the second all around
Circulation is a never-ending sound

No comments:

Post a Comment